Pengalaman Menginap di One Hotel Helang Langkawi Kedah

Pengalaman menginap di sini memang tak dapat dilupakan. Saya ingin menulis review ringkas berkaitan One Hotel Helang Langkawi Kedah bertaraf empat bintang yang telah menawarkan perkhidmatan yang terbaik.
Saya dan isteri menginap di sini selama dua hari satu malam dengan ditawarkan diskaun sebanyak 70%. Harga yang ditawarkan memang murah jika dibandingkan dengan harga yang biasa dan memang sangat berbaloi membuat tempahan. Kawan-kawan semua patut mencuba keseronokan menginap di hotel yang terbaik dan servis yang terbaik dengan membuat tempahan di One Hotel Helang Langkawi Kedah bagi mendapatkan harga yang menarik tersebut.
Hotel ini berada di kawasan selatan Pulau Langkawi yang cantik. Ianya terletak di antara Langkawi International Airport dan Mahsuri International Exhibition Centre. Kita boleh melihat kedua-dua tempat ini dengan jelas kerana ianya berdekatan di antara satu sama lain.
One Hotel Helang Langkawi hanya lebih kurang 5 minit berjalan kaki ke Langkawi International Airport dan hanya mengambil masa selama 3 minit ke Mahsuri International Exhibition Centre.















One Hotel Helang Langkawi ni memang patut dicuba oleh pelancong yang datang ke Pulau Langkawi untuk bercuti atau pun atas urusan rasmi. Banyak lagi tempat yang menarik yang akan saya kongsikan di blog Berita Semasa Online.
Bercadang nak ke Langkawi pertengahan tahun depan.. boleh masuk list prospek hotel utk penginapan nih.. tq for sharing! 🙂
Irda Bay recently posted…VITAMIN SHAKLEE UNTUK SAKIT OTOT
tak rugi Irda mencuba untuk tidur di hotel ni…memang sangat selesa dan tenang ja suasana kat sini….
beritasemasaonline recently posted…Tunku Mahkota Johor Bernikah Dengan Cik Puan Khaleeda
Macam luas jak area dia,
Abdur recently posted…SSL Percuma Daripada Hosting Rajawali
betul tu Abdur….bilik ni memang luas….boleh muatkan 10 orang dewasa…memang selesa…..
beritasemasaonline recently posted…Doodle Art Terpanjang di Malaysia Politeknik Muadzam Shah
Hotel ni baru lepas renovation. Lama jugak renovationnya.
Fina recently posted…PENGUMUMAN RALAT
owh…macam tu ya…masa saya pergi dengan wife tak ada lagi renovation….
beritasemasaonline recently posted…Pengalaman Menginap di One Hotel Helang Langkawi Kedah
dapat diskaun 70% memang untung, biliknya pun nampak besar, puas hati.
Denaihati recently posted…Kongres Ulama Nusantara dan Ummah
betul tu Denaihati….kalau harga biasa memang kami pilih hotel lain yang lebih murah dan tak menginap di hotel ni….dah dapat peluang diskaun yang ada sebab tu kami cuba menginap di hotel ni…..
beritasemasaonline recently posted…Pengalaman Menginap di One Hotel Helang Langkawi Kedah