Filem Abang Long Fadil 2 Catat Rekod Baru Jualan Tertinggi

Filem Abang Long Fadil 2 Catat Rekod Baru Jualan Tertinggi

Filem Abang Long Fadil 2 Catat Rekod Baru Jualan Tertinggi
Filem Abang Long Fadil 2 Catat Rekod Baru Jualan Tertinggi

Berita yang sememangnya menarik apabila Filem Abang Long Fadil 2 Catat Rekod Baru Jualan Tertinggi. Filem ini telah mula ditayangkan sejak 24 Ogos 2017 telah menarik perhatian para peminat filem Melayu.

Para pelakon dan watak yang telah dibawakan oleh mereka adalah berjaya dan seterusnya memberikan keseronokan kepada peminat filem untuk menontonnya secara berulang kali.

Filem ini yang diterbitkan oleh Skop Production Sdn. Bhd telah mengutip RM17.8 juta setakat ini dan mencatatkan rekod baharu jualan tiket tertinggi.

Tambahan pula, berita berkenaan filem ini telah berjaya mengatasi kutipan jualan tiket Filem Polis Evo yang mencapai RM17.7 juta.

Filem ini masih lagi ditayangkan di 70 pawagam seluruh Malaysia dan berkemungkinan kutipan tiket akan meningkat lagi ke tahap yang tertinggi.

Penerbit filem iaitu Datuk Yusof Haslam telah berkata bahawa rekod ini menunjukkan bahawa filem-filem di Malaysia kembali bersaing dengan karya-karya yang menarik.

Kebangkitan filem Melayu ini adalah positif dan mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan pengarah muda. Ianya dilihat melalui Syamsul dan Syafiq yang sentiasa berusaha memastikan filem arahan mereka dalam keadaan terbaik.

Filem Abang Long Fadil 2 Catat Rekod Baru Jualan Tertinggi ini mungkin akan dilanjutkan kepada sekuel yang ketiga yang akan diputuskan tidak lama lagi. Syafiq sangat bersemangat apabila filem ini mendapat sambutan yang menggalakkan.

Filem Abang Long Fadil 2 ini membariskan pelakon terkenal seperti Zizan Razak, Syamsul Yusof, Datuk AC Mizal, A Galak, Tania Hudson dan pendatang baru bidang lakonan iaitu Shuib dan Wak Doyok.

Tahniah diucapkan kepada kru produksi Skop Productions dan para pelakon filem Abang Long Fadil 2.

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam