Senarai Penuh Pemenang Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017
Senarai Penuh Pemenang Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017

Berita terbaru yang diketahui telah pun berlaku bahawa terdapat Senarai Penuh Pemenang Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017. Ianya telah berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam tadi iaitu pada 9 April 2017.

Tambahan pula, semasa anugerah tersebut berlangsung, drama yang popular di Malaysia iaitu 7 Hari Mencintaiku telah pun menang dengan besar apabila telah memenangi enam trofi termasuklah kategori utama iaitu Drama Pilihan.

Berita berkenaan Drama 7 Hari Mencintaiku yang mempunyai 28 episod di slot Akasia juga telah memenangi kategori Pengarah Pilihan diberikan kepada Jamal Khan.

Pelakon utama yang menjadi pujaan penggemar drama iaitu Shukri Yahaya dan Siti Saleha telah memenangi kategori Pasangan Pilihan dan Aktor Pilihan.

Berikut adalah merupakan senarai penuh para pemenang Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017:

Pelakon Lelaki Pilihan: Shukri Yahaya (7 Hari Mencintaiku)
Pelakon Wanita Pilihan: Mira Filzah (Cinta Si Wedding Planner)
Drama Pilihan: 7 Hari Mencintaiku
Pengarah Pilihan: Jamal Khan (7 Hari Mencintaiku)
Penulis Skrip Pilihan: PGRs Team (7 Hari Mencintaiku)
Antagonis Pilihan: Izzue Islam (Patahnya Sebelah Sayap)
Pasangan Pilihan: Shukri Yahaya & Siti Saleha (7 Hari Mencintaiku)
Lagu Tema Pilihan: Lelaki Teragung (Dayang Nurfaizah)
Drama Radio Pilihan: Terima Kasih Ex
Drama Pilihan Tonton VIP: Meh Sandar Pada Aku
Drama Pendek Pilihan: Kongsi Kalau Malu
Pemenang sembilan kategori utama membawa pulang trofi sumbangan TV3.

Anugerah ini telah diadakan oleh rangkaian televisyen Media Prima Berhad, TV3 dan TV9 di mana bertujuan memberikan penghargaan kepada semua yang terlibat bagi menjayakan drama yang terbaik di Malaysia. Pihak media telah membuka undian kepada penonton di laman web DFKL sejak 1 Februari hingga 20 Mac untuk memilih pemenang bagi tujuh kategori utama yang dipertandingkan.

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017 juga turut mempertandingkan kategori Drama Pendek Pilihan iaitu karya Mohammad Shafie Seyed Mohamed, Syalikh Nazrul dan Rodhwan Uvaise iaitu Kongsi Kalau Malu sebagai juara dan meraih hadiah wang tunai RM10,000.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam