Pertandingan Simulasi Fast and Furious 8 di Pawagam TGV

Pertandingan Simulasi Fast and Furious 8 di Pawagam TGV

Pertandingan Simulasi Fast and Furious 8 di Pawagam TGV
Pertandingan Simulasi Fast and Furious 8 di Pawagam TGV

Perkara yang sememangnya bagus untuk semua peminat apabila terdapat Pertandingan Simulasi Fast and Furious 8 di Pawagam TGV . Ianya amat berbaloi bagi penggemar filem perlumbaaan kereta jalanan jika menyertai simulasi ini yang diadakan oleh pawagam TGV Cinemas.

Berita berkenaan perkara ini akan berlangsung pada 8 April 2017 di TGV Sunway Velocity manakala pada 9 April pula akan berlangsung di TGV Sunway Pyramid.

Tambahan pula, peminat-peminat yang mahu menyertai simulasi ini perlulah membeli dua keping tiket wayang filem Fast and Furious 8 sebelum 9 April 2017.

Bagi setiap penyertaan akan menghabiskan dua perlumbaan simulasi dan sebanyak 5 pemenang yang tertinggi di lokasi bakal bertanding sekali lagi pada peringkat akhir di Sunway Velocity pada 16 April 2017.

Selain itu, mengikut apa yang diperkatakn oleh Celeste Koay selaku Ketua Perkhidmatan Pemasaran TGV Cinemas iaitu juara pertandingan ini akan mendapat hadiah percutian ke Universal Studios di Los Angelas, California, Amerika Syarikat.

Percutian selama tiga hari dua malam tersebut akan memberikan peluang kepada pemenang untuk pergi ke lokasi Fast & Furious: Supercharged di Universal Studio bagi mengalami pengalaman perlumbaan sebenar yang juga disertai oleh pelakok filem tersebut.

Pemenang tempat kedua pula akan mendapat peluang menjadi hos jamuan sebuah dewan pawagam bersaiz standard untuk filem pilihan mereka sendiri.

Pertandingan Simulasi Fast and Furious 8 di Pawagam TGV juga memberikan hadiah bagi tempat ketiga iaitu mendapat barangan cenderamata filem Fast 8 dan tiket wayang filem terpilih.

Semua pertanyaan berkenaan perkara ini oleh para peminat boleh melayari laman web TGV Cinema dan laman sosial rasmi pawagam TGV Cinema.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam