Tiket Bas Raya Naik 10 Peratus

Klang Sentral Bus Express 300x225 Tiket Bas Raya Naik 10 Peratus

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bersetuju semua syarikat bas ekspres mengenakan surcaj tambahan sebanyak 10 peratus kepada pembeli tiket pada musim Hari Raya Aidilfitri.

Ianya melibatkan semua perjalanan bas ekspres yang beroperasi dan berkuat kuasa mulai 8 Julai sehingga 8 September ini.

Ia dapat membantu pengusaha bas ekspres yang perlu menampung kos pengoperasian syarikat apabila syarikat-syarikat bas menyediakan perkhidmatan tambahan pada musim perayaan.

Proton Saga SV Serendah RM33,438

630x404xProton Saga SV 002 630x404.jpg.pagespeed.ic .nWiMdTLGLY 300x192 Proton Saga SV Serendah RM33,438

Proton melancarkan model Saga terbaru iaitu Saga Super Value (SV) mampu milik kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah.

Ianya dipertingkatkan dari segi keselamatan dan kualiti dijual pada harga RM33,438 hingga RM36,888.

Saga SV ditawarkan sebanyak enam warna dan orang ramai boleh membuat tempahan bermula hari ini.

Proton Saga SV 1.3 (M) dijual pada harga RM33,438 (solid) dan RM33,888 (metallic) manakala Saga SV 1.3 (A), RM36,438 (solid) dan RM36,888 (metallic).

Nano Falcon Didakwa Helikopter Terkecil di Dunia

nanofalcon 01 590x330 300x167 Nano Falcon Didakwa Helikopter Terkecil di Dunia

Sebuah syarikat pengeluar alat permainan Jepun menghasilkan helikopter yang mungkin terkecil di dunia bernama NANO-FALCON.

NANO-FALCON dikawal menggunakan alat kawalan jauh inframerah.

Panjangnya hanya 65 milimeter dengan berat 11 gram.

Ia dijual pada harga sekitar AS$46.

NANO-FALCON boleh diterbangkan selama lima minit selepas dicaj selama setengah jam.

NANO-FALCON juga dicaj menggunakan portal USB.

Syarikat Komputer Apple Perkenal Radio iTunes

8991 itunes radio 300x200 Syarikat Komputer Apple Perkenal Radio iTunes

Syarikat komputer Apple memperkenalkan perkhidmatan radio internet iaitu Radio iTunes.

Radio iTunes akan memulakan perkhidmatan di Amerika Syarikat pada musim luruh.

Ia mempunyai iklan ditawarkan secara percuma manakala pelanggan kedai muzik internet iTunes Match boleh memuat turun versi tanpa iklan yang dikenakan caj AS$25 (RM78) setahun.

Perkara ini diperkenalkan pada Persidangan Para Pemaju Perisian Apple seluruh dunia.

Apple merupakan perintis jualan muzik dalam talian.

Setiap Pendaki Everest Felda Terima Insentif RM50000

everest 300x196 Setiap Pendaki Everest Felda Terima Insentif RM50000

Tujuh pendaki yang berjaya menawan puncak Everest di bawah Projek Everest Felda 2013 menerima insentif RM50,000 yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beberapa pendaki dan anggota sokongan projek berkenaan turut menerima insentif RM10,000 sumbangan Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV)

Majlis tersebut diadakan di Jabatan Perdana Menteri.