Seberang Perai Fiesta 2018 di Tapak Ekspo Seberang Jaya Pulau Pinang
Berita menarik apabila negeri Pulau Pinang bakal mengadakan Seberang Perai Fiesta 2018 di Tapak Ekspo Seberang Jaya Pulau Pinang. Pengunjung yang akan mengunjungi fiesta ini adalah lebih kurang 100,000 orang.
Tambahan pula, berita juga menyatakan bahawa ianya akan diadakan pada 26 sehingga 30 September 2018 di Tapak Ekspo Seberang Jaya.
Seberang Perai Fiesta 2018 di Tapak Ekspo Seberang Jaya Pulau Pinang
Dr Afif Bahardin selaku Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan menyatakan ia penganjuran kali ketiga. Kali ini berbeza kerana bekerjasama dengan Agrofest Penang, Penang Food Festival dan Festival Northsantara Art Wave.
Seberang Perai Fiesta 2018 bakal diserikan dengan persembahan artis dan karyawan. Ianya adalah Pyanhabib, pengarah filem terkenal, Nasir Janidan dan pemuzik Nik Jidan.
Seberang Perai Fiesta 2018 di Tapak Ekspo Seberang Jaya Pulau Pinang bakal memuatkan 48 gerai jualan. Produk berasaskan pertanian akan dipromosikan di fiesta ini.
Seberang Perai Fiesta 2018
Agensi kerajaan terlibat seperti Majlis Perbandaran Seberang Perai, Fama, Mardi, Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Perikanan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Jabatan Perhutanan, Mara,Tekun Nasional dan lain-lain.
Selain itu, Penang Food Festival juga memuatkan 80 gerai makanan mengikut citarasa terkini. Terdapat juga 15 food truck di Tapak Ekspo Seberang Jaya.
Tapak Ekspo Seberang Jaya Pulau Pinang
Program lain yang turut diadakan di sini termasuklah pertandingan memancing, pertandingan kucing, karaoke, pameran agensi kerajaan dan banyak lagi.
Seberang Perai Fiesta 2018 turut memastikan keselesaan pengunjung dengan bebas daripada asap rokok dan juga sampah.
Tindakan penguatkuasaan bakal dikenakan kepada mereka yang merokok dan membuang sampah di kawasan Fiesta 2018.