Larissa Ping Anak Kelahiran Sarawak Miss World Malaysia 2018

Larissa Ping Anak Kelahiran Sarawak Miss World Malaysia 2018

Larissa Ping Anak Kelahiran Sarawak Miss World Malaysia 2018
Larissa Ping Anak Kelahiran Sarawak Miss World Malaysia 2018

Berita terbaik apabila Larissa Ping Anak Kelahiran Sarawak Miss World Malaysia 2018. Peserta dari Sarawak tersebut telah mengalahkan 11 peserta Miss World Malaysia 2018 Finalist.

Miss World Malaysia 2018 winner yang berumur 19 tahun ini mengikut berita telah membawa pulang mahkota kejuaraan, wang tunai RM30,000, sebuah trofi dan lain-lain hadiah sampingan.

Larissa Ping Anak Kelahiran Sarawak Miss World Malaysia 2018

Larissa Ping juga turut mendapat anugerah ‘Top Talent dan Ratu Fotogenik‘. Majlis telah diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, Sarawak.

Tambahan pula, beliau akan mewakili Malaysia pada pertandingan Miss World 2018 yang ke-68 di Sanya, China pada 8 Disember 2018.

Naomi Sim berumur 26 tahun dari Sarawak memenangi tempat kedua. Shennon Jade berumur 24 tahun dari Kuala Lumpur memenangi tempat ketiga.

Mereka berdua masing-masing membawa pulang wang tunai RM5,000 dan RM3,000 beserta trofi dan jambangan bunga.

Miss World Malaysia 2018 Winner

Pada majlis itu juga, Larissa Ping Anak Kelahiran Sarawak Miss World Malaysia 2018 menjadi Duta Pelancongan negeri Sarawak tahun 2019.

Larissa Ping sebagai pemenang akan membantu untuk mempromosikan negeri Sarawak di persada antarabangsa. Ianya akan meningkatkan industri pelancongan di negeri Sarawak.

Miss World Malaysia 2018 merupakan acara peringkat dunia dan semestinya ramai penonton yang menyaksikannya. Negeri Sarawak amat berbangga apabila menjadi lokasi pilihan untuk menganjurkan pertandingan ini.

Larissa Ping Duta Pelancongan Negeri Sarawak Tahun 2019

Tema kepada pertandingan ini adalah ‘Beauty with a Purpose’. Gelaran yang lain turut dimenangi iaitu ‘People Choice dan ‘Top Model’ dimenangi peserta Sarawak iaitu Francisca Luhong James. Zane Wong dari Kuala Lumpur memenangi ‘Miss Personality’ dan Shannon Jade dari Kuala Lumpur memenangi gelaran ‘Miss Elegance’.

Majlis dihadiri Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bersama isteri, Datin Patinggi Juma’ani Tuanku Bujang. Isteri kepada Yang di-Pertua Negeri iaitu Toh Puan Raghad Kurdi Taib turut hadir.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam