Cristiano Ronaldo berpindah ke kelab Juventus dari Real Madrid
Berita baik buat peminat bola sepak Itali apabila Cristiano Ronaldo berpindah ke kelab Juventus dari Real Madrid.
Berita berkenaan Cristiano Ronaldo yang merupakan pemenang lima gelaran Ballon d’Or telah menyatakan bahawa beliau mahu membuka lembaran baru di kelab Itali.
Ronaldo yang berumur 33 tahun bakal menjalani perubatan di Turin pada minggu hadapan sebelum beliau melengkapkan perpindahan dengan kontrak yang lumayan yang bernilai RM1.37 bilion bagi tempoh 4 tahun.
Real Madrid telah mengucapkan terima kasih kepada Cristiano Ronaldo yang banyak membantu kelab ini dan juga merupakan pemain terbaik dunia. Beliau juga merupakan lagenda kepada kelab ini.
Kelab Juventus akan membayar yuran perpindahan yang berjumlah RM563.6 juta dengan kapten Portugal akan menerima gaji tahunan yang berjumlah RM140.9 juta.
Nilai ini tidak termasuk bonus dan insentif yang mampu mencecah kepada RM257.6 juta setahun di mana Cristiano Ronaldo sanggup untuk menerima potongan gaji di kelab Juventus.
Cristiano Ronaldo yang juga merupakan bekas bintang Manchester United sangat berharap bahawa penyokong dan peminatnya di Real Madrid menerima keputusan beliau berhijrah ke kelab Juventus.
Cristiano Ronaldo berpindah ke kelab Juventus dari Real Madrid juga telah menyatakan bahawa sudah tiba masanya beliau beralih angin ke kelab baru.
Beliau telah memenangi empat gelaran Liga Juara-Juara, dua kejuaraan La Liga, dua Piala Raja Sepanyol, dua Piala Supercopa Sepanyol, dua Piala Super Eropah dan tiga Piala Kelab Dunia sejak menyertai Real Madrid pada 2009.
Pasni bolehlah dia naikkan nama kelab yang baru tu pula 🙂
Xplorasi Destinasi recently posted…Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Langkawi beserta dengan itinerary pada 2018