Media Sosial Instagram Mempunyai Lebih Satu Bilion Pengguna Aktif
Berita terbaik apabila Media Sosial Instagram Mempunyai Lebih Satu Bilion Pengguna Aktif. Aplikasi perkongsian gambar ini bakal memperkenalkan ciri baharu video panjang bagi menarik minat pembuat video seperti Youtube.
Berita berkenaan angka ini telah menjadikan Instagram sebagai platform keempat selepas Facebook, WhatsApp dan Messenger yang telah berjaya mencecah bilion pengguna.
Laporan suku tahun pertama 2018 telah memberikan maklumat bahawa Facebook mempunyai lebih kurang 2.19 bilion pengguna aktif. Pada September tahun 2017, Instagram hanya mempunyai lebih kurang 800 juta pengguna tetapi telah meningkat dengan mendadak pada tahun 2018.
Instagram telah meninggalkan laman sosial lain seperti Twitter dan Snapchat serta juga telah berjaya mempengaruhi golongan muda untuk menggunakannya berbanding dengan Facebook.
Tambahan pula, Instagram juga berjaya menghasilkan pencapaian yang terbaik apabila memperkenalkan aplikasi video yang dikenali sebagai IGTV. Komuniti Instagram berkembang dari semasa ke semasa dan semakin maju ke hadapan.
Selain itu, Instragram melalui IGTV akan menjadi saingan secara langsung kepada YouTube dan ini akan merancakkan lagi industri media sosial di seluruh dunia.
Media Sosial Instagram Mempunyai Lebih Satu Bilion Pengguna Aktif dengan IGTV ini berfungsi untuk pengguna memuat naik video yang berbentuk panjang dan juga ada ciri-ciri seperti channel atau saluran berformat seperti Youtube yang dimiliki Google.
Semua pengguna boleh menjadi pembuat video di mana video IGTV yang dirakam di dalam aplikasi atau laman web membolehkan untuk memulakan saluran sendiri.