Kumpulan Nasyid Unic Juara Gema Gegar Vaganza Musim Pertama 2017

Berita terbaik bagi penggemar kumpulan nasyid apabila Kumpulan Nasyid Unic Juara Gema Gegar Vaganza Musim Pertama 2017. Pertandingan ini telah diadakan di Pusat Konvensyen CIDB pada hari Ahad malam bertarikh 21 Mei 2017.
Berita Kemenangan Kumpulan Nasyid Unic membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 dengan trofi.
Tambahan pula, Kumpulan Nasyid Hijjaz telah memperoleh tempat kedua dengan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM30,000 dengan trofi.
Selain itu, kumpulan Hijjaz juga berjaya membawa pulang trofi Persembahan Pilihan Penonton yang membolehkan mereka menerima hadiah wang tunai sebanyak RM5,000.
Kumpulan Mirwana pula telah mendapat tempat ketiga dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM25,000 beserta trofi.
Pertandingan akhir tersebut telah melibatkan kesemua peserta mestilah membuat dua persembahan iaitu secara solo dan juga secara battle.
Kumpulan Nasyid Unic Juara Gema Gegar Vaganza Musim Pertama 2017 telah menampilkan juri profesional yang melibatkan Farihin Abdul Fattah, Oki Setiana Dewi dan Datuk Siti Nurhaliza.
Berikut merupakan senarai penuh pemenang Gema Gegar Vaganza Musim Pertama 2017:
Juara – Unic (RM100,000)
Naib Juara – Hijjaz (RM30,000)
Ketiga – Mirwana (RM25,000)
Keempat – Azmi (RM20,000)
Kelima – Hafiz Hamidun (RM10,000)
Keenam – Saujana (RM5,000)
Kategori Khas:
Persembahan Pilihan Penonton – Hijjaz (RM5,000)
Anugerah Gema Terindah – Azmi (RM15,000)
