Setem Negaraku Dijual Sempena Hari Malaysia 16 September 2017

Setem Negaraku Dijual Sempena Hari Malaysia 16 September 2017

Setem Negaraku Dijual Sempena Hari Malaysia 16 September 2017
Setem Negaraku Dijual Sempena Hari Malaysia 16 September 2017

Berita yang menarik buat para pengumpul setem-setem yang unik iaitu Setem Negaraku Dijual Sempena Hari Malaysia 16 September 2017. Pos Malaysia Berhad iaitu Pos Malaysia bakal mengeluarkan setem bertemakan Negaraku yang akan bermula 14 September 2017.

Tambahan pula, berita ini telah diperkatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia iaitu Datuk Mohd. Shukrie Mohd. Salleh bahawa ianya merupakan karya terpilih pelajar sekolah menerusi Pertandingan Seni Negaraku yang telah diadakan pada bulan Mei 2017.

Setem ini menonjolkan empat reka bentuk setem yang bernilai 55 sen iaitu mempunyai 150,000 keping dan bernilai 65 sen iaitu mempunyai 200,000 keping yang memberikan lambang perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang budaya dan bangsa.

Setem ini memberikan kesedaran kepada semua berkenaan dengan perjuangan yang akan melahirkan bangsa yang hebat. Ianya juga mempunyai keunikannya dengan mempunyai perkataan Negaraku.

Selain itu, Pos Malaysia juga menghasilkan dua Lembaran Mini mempunyai logo Negaraku yang bernilai RM3.20 sebanyak 20,000 keping dan bernilai RM6.35 berjumlah 15,000 keping. Logo Negaraku berharga RM6.35 telah pun didatangkan dengan ciri-ciri yang istimewa berbentuk kemasan Spot UV.

Produk-produk filateli seperti Sampul Hari Pertama (FDC) beserta baucar dijual pada harga 55 sen setiap satu, poskad berharga RM1.05 setiap satu serta folder yang dijual pada harga RM6.35 setiap satu. Set lengkap siri setem Negaraku dijual pada harga RM77.05 setiap satu termasuk GST.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam