Tol Percuma Buat Pengguna Lebuh Raya MEX Sempena Hari Kemerdekaan
Berita yang menarik pada bulan Ogos iaitu Tol Percuma Buat Pengguna Lebuh Raya MEX Sempena Hari Kemerdekaan. Perkara ini adalah untuk semua jenis kenderaan yang menggunakan lebuh raya MEX.
Ianya merupakan berita yang sememangnya ditunggu oleh pengguna lebuh raya sempena Hari Kemerdekaan Ke 60 pada tahun 2017.
Tambahan pula, laluan bagi tol percuma tersebut bakal bermula dari pukul 12 pagi sehingga pukul 11.59 malam pada 31 Ogos 2017.
Kenderaan yang bakal menggunakan lebuh raya tersebut dianggarkan melebihi 100,000 di mana akan mendapat manfaat menerusi laluan percuma tersebut.
Selain itu, pada 1 September 2017 sempena Hari Raya Aidiladha di mana Lebuh Raya MEX bakal memberikan diskaun tol sebanyak 10 peratus kepada semua jenis kenderaan.
Tol yang diberikan diskaun ini bakal bermula dari pukul 12 pagi sehingga pukul 11.59 malam pada tarikh 1 September 2017.
Kenderaan yang akan menggunakan laluan ini adalah dijangka melebihi 91,000 buah kenderaan iaitu mendapat diskaun laluan tol sepanjang hari tersebut.
Tol Percuma Buat Pengguna Lebuh Raya MEX Sempena Hari Kemerdekaan di mana maklumat boleh diperoleh melalui MEXTraffic Twitter dan MEXTraffic Facebook atau hubungi talian MEX Hotline di talian 03-8315 9111.