Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia Peringkat Ketiga Bermula 16 Ogos 2017

Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia Peringkat Ketiga Bermula 16 Ogos 2017

Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia Peringkat Ketiga Bermula 16 Ogos 2017
Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia Peringkat Ketiga Bermula 16 Ogos 2017

Berita untuk semua rakyat Malaysia yang layak menerima BR1M 2017 bahawa Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia Peringkat Ketiga Bermula 16 Ogos 2017. Ianya telah pun dimaklumkan dan semua penerima mestilah mengambil maklum berkenaan hal tersebut.

Tambahan pula, berita yang diperoleh ini juga menyatakan bahawa ianya adalah pembayaran yang terakhir bagi BR1M tahun 2017. Pembayaran ini juga adalah sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang dijangka akan disambut pada 1 September 2017.

Sementara itu, permohonan yang telah diluluskan pada peringkat rayuan akan menerima pembayaran pada 29 Ogos 2017 beberapa hari sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha.

Pemberian BR1M 2017 kepada yang berkelayakan ini diharapkan dapat digunakan untuk membeli keperluan asas supaya dapat digunakan oleh seisi keluarga bagi meringkan beban kehidupan pada masa sekarang.

Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia Peringkat Ketiga Bermula 16 Ogos 2017 akan terus dikreditkan ke akaun penerima masing-masing dan penerima boleh menyemak di akaun bank masing-masing.

Selain itu, bagi penerima BR1M 2017 yang tidak boleh mempunyai nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan ke alamat penerima seperti yang telah dikemaskini dan kemudiannya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional yang berhampiran.

Orang ramai yang ingin bertanya mengenai BR1M 2017 boleh menghubungi pihak yang berkenaan di talian bebas tol 1800-88-2716 serta e-mel kepada br1m@treasury.gov.my.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam