Skim Pembayaran Baharu PTPTN Ditangguh Oleh Kerajaan
Berita yang melegakan apabila Skim Pembayaran Baharu PTPTN Ditangguh Oleh Kerajaan. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menurut arahan yang diberikan tersebut.
Tambahan pula, berita ini telah dinyatakan oleh Menteri Pendidikan iaitu Maszlee Malik berkenaan penggantungan skim ini.
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Skim pembayaran semula Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional akan digantung sehingga mendapat input dan maklum balas daripada semua pihak.
Sebelum ini iaitu pada 5 Disember 2018, Wan Saiful Wan Jan selaku Pengerusi PTPTN telah mengumumkan pelaksanaan skim bayaran balik pinjaman. Ianya melibatkan potongan gaji berjadul (PGB) bermula Januari 2019.
Potongan gaji berjadul ini akan berdasarkan kepada gaji diterima peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional apabila mereka dibayar gaji RM2,000 sebulan.
Skim Pembayaran Baharu PTPTN Ditangguh Oleh Kerajaan berdasarkan kepada Potongan Gaji Berjadual.
Potongan Gaji Berjadual PTPTN
Peminjam berpendapatan RM2,000-RM2,499.99 perlu membayar dua peratus iaitu RM40 hingga RM49.99 dan bagi yang berpendapatan RM2,500-RM2,999.99 sebanyak tiga peratus (RM75-RM89.99).
Peminjam berpendapatan RM3,000-RM3,999.99 pula dikenakan lima peratus (RM150-RM199.99); RM4,000-RM5,999.99 (lapan peratus iaitu RM320-RM479.99); RM6,000-RM7,999.99 (10 peratus iaitu RM600-RM799.99) dan bagi yang berpendapatan RM8,000 ke atas perlu membayar 15 peratus iaitu RM1,200 dan ke atas.
Pengumuman ini telah mendapat pelbagai reaksi pelbagai pihak termasuklah ahli politik. Mereka mahu pelaksanaan ini dikaji semula supaya ianya tidak membebankan peminjam.