Mangkuk Berusia 1000 Tahun Dilelong RM169 Juta di Hong Kong

Mangkuk Berusia 1000 Tahun Dilelong RM169 Juta di Hong Kong

Mangkuk Berusia 1000 Tahun Dilelong RM169 Juta di Hong Kong
Mangkuk Berusia 1000 Tahun Dilelong RM169 Juta di Hong Kong

Berita yang sangat menakjubkan apabila Mangkuk Berusia 1000 Tahun Dilelong RM169 Juta di Hong Kong yang telah diadakan di Sothbay, Hong Kong.

Mangkuk ini adalah berasal dari Dinasti Song di China yang menunjukkan keunikan yang tersendiri apabila ada pihak yang membida untuk mendapatkannya.

Tambahan pula, berita ini juga diketahui bahawa mangkuk kecil ini adalah bertarikh di antara tahun 960 sehingga 1127.

Ianya telah memecahkan rekod yang dicipta oleh gelas wain Dinasti Ming yang dibeli pada harga RM153 juta oleh taikun terkemuka Shanghai pada tahun 2014.

Nama klien yang membeli tersebut tidak didedahkan dan juga penganjur lelongan tidak memberitahu sama ada pembeli berasal dari negara China atau pun tidak.

Mangkuk Berusia 1000 Tahun Dilelong RM169 Juta di Hong Kong ini telah dimulakan bidaan pada harga RM43 juta di mana proses ini hanya berlangsung selama 20 minit.

Bidaan bukan hanya berlaku di kalangan individu yang hadir tetapi bidaan turut dilaksanakan melalui telefon.

Mangkuk kecil ini direka khas bagi mencuci berus di mana merupakan proselin China yang jarang dijumpai dari era Dinasti Song Utara.

Mangkuk ini yang mempunyai ukuran diameter sebanyak 13 sentimeter turut mempunyai saduran yang berwarna biru.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam