Tunku Mahkota Johor Bernikah Dengan Cik Puan Khaleeda

Tunku Mahkota Johor Bernikah Dengan Cik Puan Khaleeda

Tunku Mahkota Johor Bernikah Dengan Cik Puan Khaleeda
Tunku Mahkota Johor Bernikah Dengan Cik Puan Khaleeda

Tunku Mahkota Johor iaitu Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah pun selesai istiadat pertunangan, majlis hantaran dan pernikahan dengan Cik Puan Khaleeda Bustamam.

Tunku Ismail dan Cik Puan Khaleeda memasuki perkarangan Istana Bukit Serene pada pukul 10 pagi. Istiadat akad nikah telah disempurnakan oleh Mufti Johor iaitu Sohibus Samahah Datuk Mohd Tahrir Samsudin.

Pasangan diRaja keluar sekitar jam 12 tengahari selepas sah bergelar suami isteri dengan senyuman dan melambaikan tangan ke arah wartawan serta jurugambar.

Tambahan pula, pasangan diRaja dijangka disandingkan di Istana Besar Johor pada 8 November 2014 pada pukul 7.30 malam.

Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersama Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan anakandanya, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar serta Tunku Putra Johor, Tunku Abu Bakar dilihat berangkat hadir ke istiadat itu.

Menteri Besar Johor iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor serta kenamaan lain juga turut kelihatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam