Hari Blogger di Zoo Negara Sempena Ulang Tahun Panda

Hari Blogger di Zoo Negara Sempena Ulang Tahun Panda

Hari Blogger di Zoo Negara Sempena Ulang Tahun Panda
Hari Blogger di Zoo Negara Sempena Ulang Tahun Panda

Zoo Negara seperti mana yang semua rakyat Malaysia tahu bahawa kita mempunyai panda gergasi yang bernama Xing Xing dan Liang Liang. Sehubungan dengan itu, Hari Blogger di Zoo Negara telah diadakan sempena ulang tahun kesembilan panda gergasi tersebut.

Hari Blogger di Zoo Negara atau pun ‘Bloggers Day @ Zoo Negara merupakan satu program yang menarik untuk mengumpulkan blogger-blogger di Malaysia. Blogger-blogger ini dapat membantu untuk menyebarkan tentang keseronokan berada di Zoo Negara seperti mana yang dialami oleh mereka.

Tambahan pula, pasangan panda gergasi tersebut sudah berada di Malaysia sejak Mei 2014 di mana program yang dianjurkan ini sangat sesuai untuk meraikan Xing Xing dan Liang Liang. Panda-panda tersebut telah menjadi tarikan utama kepada pengunjung dan dimeriahkan lagi dengan Hari Blogger di Zoo Negara.

Selain itu, Liang Liang telah selamat melahirkan seekor panda pada pukul 1.45 petang pada hari Selasa minggu lepas. Panda tersebut telah dilahirkan di Pusat Konservasi Panda Gergasi di Zoo Negara. Anak Panda tersebut berada dalam keadaan yang terbaik dengan dipantau oleh pihak-pihak yang terlibat.

Aktiviti-aktiviti yang dilakukan sempena dengan Hari Blogger di Zoo Negara iaitu para blogger telah di bawa untuk mengelilingi kawasan Zoo Negara. Para Blogger juga dapat melihat sendiri spesies-spesies haiwan sama ada yang baru atau yang lama.

Kedua-dua panda gergasi tersebut yang sebelum ini dikenali sebagai Fu Wa dan Feng Yi dipinjamkan oleh negara China kepada Malaysia sebagai simbol jalinan hubungan diplomatik yang berusia 40 tahun di antara Kuala Lumpur dan Beijing.

Program sebegini wajar diteruskan setiap tahun bersama-sama dengan blogger di mana penyampaian maklumat berkaitan dengan Zoo Negara dapat disebarkan melalui artikel-artikel yang akan disumbangkan oleh blogger di blog masing-masing. Blogger memainkan peranan penting sebagai duta kecil dalam mempromosikan negara Malaysia kepada negara-negara luar negara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam