MOSTI Cadang Wujud Bandar Angkasa Dalam Tempoh 5 Tahun
Perkara yang Berita Semasa Online mengetahui bahawa mungkin menakjubkan apabila cadangan sebuah bandar angkasa akan dihasilkan dalam tempoh lima tahun. Ianya dirancang oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) supaya dapat melakukan kajian berkaitan bidang aeroangkasa.
Pihak MOSTI telah mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk dijadikan sebagai bandar angkasa. Ianya mengikut apa yang dikatakan oleh Timbalan Menteri iaitu Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah.
Tambahan pula, kawasan yang bakal dipilih tersebut akan mempunyai perkara yang semestinya diperlukan untuk bandar angkasa. Ianya merangkumi dengan kemudahan, kepadatan penduduk, kedudukan latitud yang sesuai untuk meletakkan roket.
Pusat penyelidikan juga bakal diwujudkan di negara Malaysia untuk kemudahan semua pihak. Pusat ini bakal menumpukan kepada pendidikan angkasa lepas, institusi penyelidikan angkasa lepas dan latihan bagi angkasa lepas.
Selain itu, satu pelancar roket juga akan diwujudkan yang sama seperti yang berada di Pusat Angkasa Guiana di French Guaina, Amerika Selatan. Perkara ini diwujudkan supaya negara-negara di rantau Asia Tenggara dapat menggunakannya supaya dapat menjalankan penyelidikan angkasa lepas.
yg wujudkan pusat penyelidikan tu sy sangat2 setuju
seri recently posted…3 pulau tidak diketahui orang luar di Mersing Johor cantik macam Krabi?
baguslah idea camni
raihanah recently posted…Cara Semulajadi Untuk Kulit Cantik