Negara China Perkenal Telefon Pintar Satelit Pertama

Negara China Perkenal Telefon Pintar Satelit Pertama

Negara China Perkenal Telefon Pintar Satelit Pertama
Negara China Perkenal Telefon Pintar Satelit Pertama

Berita menarik apabila negara China perkenal telefon pintar satelit pertama. Tambahan pula, telefon satelit ini merangkumi liputan ke seluruh negara China dan juga meliputi Laut China Selatan.

Tambahan pula, telefon satelit ini dilaporkan direka untuk digunakan bersama-sama satelit komunikasi mudah alih pertama China iaitu Tiantong-1 (TT-1). Perkara ini telah diuji pada Pertunjukan Udara China di Zhuhai, Guangdong selama enam hari berturut-turut.

Selain itu, telefon pintar tersebut telah dibangunkan melalui Perbadanan Sains Aeroangkasa dan Teknologi China (CASC). Gajet yang istimewa ini dijangka akan berada di pasaran dalam tempoh dua atau tiga bulan lagi. Ianya bakal bersaing dengan pasaran dunia yang dikuasai oleh sistem Inmarsat yang dimiliki oleh Britain.

Negara China perkenal telefon pintar satelit pertama yang akan meliputi seluruh wilayah China dan Laut China Selatan secara keseluruhannya. Perkara ini dijelaskan oleh jurutera Akademi Kelima CASC yang bekerja di Xian di wilayah Shaanxi.

Negara China bakal meluaskan liputan yang lebih luas ke seluruh dunia melalui rangkaian satelit TT dalam masa lima tahun akan datang. Negara China bermatlamat utama ingin menggantikan Inmarsat atau mengatasinya sebagai satelit komunikasi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam