Pemain dan Pengurusan Bola Sepak JDT Bakal Terima Cincin RM85000
Berita menarik di mana pemain dan pengurusan Bola Sepak JDT bakal terima cincin RM85000 kerana memenangi Liga Super Malaysia selama tiga tahun berturut-turut.
Tambahan pula, cincin emas dan platinum tersebut yang mempunyai berlian dan batu nilam ini bakal diberikan kepada pemain dan pengurusan Bola Sepak JDT sebagai kenangan dan meningkatkan lagi motivasi untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi.
Selain itu, cincin ini sebagai tanda mereka adalah tergolong dalam sejarah yang hebat telah dilakar oleh kelab Harimau Selatan yang terkenal dengan perkataan Luaskan Kuasamu Johor.
Johor Southern Tigers juga menyatakan bahawa kelab JDT juga akan mengeluarkan replica cincin khas di mana dapat dimiliki oleh penyokong dengan harga mampu milik.
Harga bagi cincin tersebut belum lagi ditetapkan harga tetapi ianya pasti akan menjadi barang mampu milik yang dapat dijadikan sebagai kenangan dengan JDT mengekalkan kejuaraan Liga Super bagi tiga tahun berturut-turut pada tahun 2014, 2015 dan 2016.