Bekas Perdana Menteri Korea Selatan Dipenjara Terima Dana Haram

Bekas Perdana Menteri Korea Selatan Dipenjara Terima Dana Haram

Bekas Perdana Menteri Korea Selatan Dipenjara Terima Dana Haram
Bekas Perdana Menteri Korea Selatan Dipenjara Terima Dana Haram

Wanita pertama Korea Selatan yang sebelum ini telah menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri Korea Selatan telah pun dipenjara. Mahkamah Agung telah mengekalkan hukuman penjara selama dua tahun apabila menerima dana politik haram.

Han Myeong Sook yang berumur 71 tahun telah berkhidmat selama setahun sebagai Perdana Menteri bermula dari April 2006 sehingga 2007.

Tambahan pula, Myeong Sook dibicarakan di mahkamah pada tahun 2010 disebabkan oleh tuduhan menerima RM 3.1 juta daripada seorang ahli perniagaan. Wang tersebut diterima bagi tujuan kempen politik untuk menempatkan diri dalam percalonan presiden.

Mahkamah Daerah telah membebaskan beliau apabila mendapati bahawa keterangan ahli perniagaan itu tidak boleh dipercayai tetapi pada tahun 2013 Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan hukuman penjara selama dua tahun.

Sehubungan dengan itu, Myeong Sook telah kehilangan kerusi secara automatik di dalam Dewan Negara. Beliau mencipta rekod di negara Korea Selatan dengan wanita pertama yang memegang jawatan Perdana Menteri dan sekarang ni bekas Perdana Menteri yang berada di dalam penjara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam