Promosi Istimewa Penerbangan AirAsia ke Manila dan Banda Aceh

Promosi Istimewa Penerbangan AirAsia ke Manila dan Banda Aceh

Promosi Istimewa Penerbangan AirAsia ke Manila dan Banda Aceh
Promosi Istimewa Penerbangan AirAsia ke Manila dan Banda Aceh

 

Berita Semasa Online mengetahui bahawa AirAsia akan meningkatkan lagi kekerapan penerbangannya untuk laluan di antara Kuala Lumpur ke Manila daripada dua kali kepada tiga kali. Tambahan pula, ianya juga berlaku kepada laluan di antara Kuala Lumpur ke Banda Aceh daripada penerbangan harian kepada 10 kali seminggu.

Pertambahan penerbangan tersebut khususnya bagi ke Manila bakal berlaku bermula dari 12 Julai 2015 manakala pula bagi pertambahan penerbangan untuk Banda Aceh bakal bermula pada 16 Julai 2015. Kedua-dua penerbangan tersebut bakal dikendalikan oleh AirAsia Bhd dengan kod penerbangan iaitu AK.

Selain itu, AirAsia juga turut menawarkan promosi terbaik melalui tambang serendah RM 216 sehala dari Kuala Lumpur ke Manila untuk tempahan-tempahan yang dibuat bermula 20 sehingga 26 April 2015 bagi perjalanan bagi tempoh 22 April sehingga 30 September 2015.

Tambang serendah RM 119 sehala juga ditawarkan oleh AirAsia untuk penerbangan Kuala Lumpur ke Banda Aceh di mana tempahan boleh dibuat bermula 20 April sehingga 26 April bagi perjalanan di antara 16 Julai sehingga 30 September 2015.

Malaysia turut dihubungkan dengan Filipina melalui penerbangan harian Kuala Lumpur ke Clark dan Kalibo yang merupakan pintu masuk ke Boracay dan Cebu dengan penerbangan sebanyak tiga kali seminggu.

Bagi penumpang dari Kota Kinabalu pula, mereka boleh ke Manila dengan penerbangan harian dan ke Cebu dengan penerbangan empat kali seminggu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam