Kanak-Kanak Aldi Rizal Dahulu Ketagih Rokok Kini Pelajar Cemerlang

Kanak-Kanak Aldi Rizal Dahulu Ketagih Rokok Kini Pelajar Cemerlang

Kanak-Kanak Aldi Rizal Dahulu Ketagih Rokok Kini Pelajar Cemerlang
Kanak-Kanak Aldi Rizal Dahulu Ketagih Rokok Kini Pelajar Cemerlang

Berita menarik berkaitan dengan Kanak-Kanak Aldi Rizal Dahulu Ketagih Rokok Kini Pelajar Cemerlang. Aldi adalah dari negara Indonesia yang dahulunya telah menjadi fenomena antarabangsa apabila dia mampu untuk menghisap lebih kurang 40 batang rokok sehari.

Tambahan pula, pada ketika ini, berita berkenaan Aldi yang berumur sembilan tahun telah pun berjaya menghilangkan ketagihan merokok dan juga merupakan pelajar cemerlang di sekolah.

Ketagihan terhadap rokok telah berjaya dikawal pada tahun 2013 iaitu selepas menjadi sensasi tumpuan ramai pada dua tahun sebelum itu. Perkara ini telah memberikan kebaikan kepada Aldi dalam menghadapi kehidupan seharian.

Aldi telah pun mendapat bantuan daripada kerajaan Indonesia bagi mengatasi masalah yang dihadapi dengan mengikuti pemulihan khas bagi menggantikan ketagihan rokok kepada makanan.

Selain itu, perkara ini telah menyebabkan berat badan Aldi telah pun meningkat secara mendadak sebanyak 24 kg ketika berumur lima tahun kerana mempunyai ketagihan terhadap makanan pula.

Bapa Aldi yang bernama Rizal telah juga memaklumkan bahawa anaknya akan menghantukkan kepala ke dinding untuk mendapatkan makanan tambahan.

Aldi sukakan makanan berlemak dan boleh menghabiskan tiga botol susu pekat setiap hari di mana bapanya telah membawa Aldi untuk dirujuk kepada pakar pemakanan.

Aldi telah menjalani diet yang ketat dan setelah empat tahun berlalu dengan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran, dia telah pun kurus. Aldi tidak lagi mempunyai ketagihan terhadap rokok dan sedang belajar di tahun empat di sebuah sekolah.

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam