Zilzar.com Platform E-dagang Pasaran Islam Pertama Dunia

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Zilzar.com iaitu platform e-dagang Pasaran Gaya Hidup Islam yang pertama di dunia. Ianya melibatkan perdagangan, kandungan dan komuniti bagi pasaran pengguna Islam bernilai US$2.5 trilion.
Platform ini bakal meningkatkan dagangan halal di peringkat antarabangsa dan sesuai untuk pertumbuhan ekonomi. Zilzar.com ini dilancarkan sempena Forum Ekonomi Islam Sedunia di Dubai.
Terdapat lebih kurang 1.8 bilion orang Islam yang tinggal di 150 negara dan menyatakan minat mereka terhadap platform e-dagang.

Pasaran Islam yang ada di dunia ini lebih besar jika dibandingkan dengan pasaran China melalui Alibaba.
Platform ini dapat memudahkan peniaga halal di seluruh dunia dapat menjalankan perniagaan online dengan bagus dan sempurna.
Tambahan pula, platform e-dagang ini dapat digunakan secara percuma yang menghubungkan berjuta-juta pengguna yang merangkumi pelbagai sektor seperti pakaian, kosmetik dan sebagainya.
semoga Zilzar terus maju di mata dunia
hafiz recently posted…Medan Dakwah dalam Lingkungan Pengaruh
semoga platform ini dapat digunakan dengan sebaik-baiknya oleh orang Islam seluruh dunia…..
beritasemasaonline recently posted…Zilzar.com Platform E-dagang Pasaran Islam Pertama Dunia
Bravo.. smoga perniagaán Islam terus berkembang.
Abdur recently posted…Google SLL Statement (Pernyataán Google Mengenai SSL)
betul tu Abdur…semoga orang Islam akan disegani dalam perniagaan di seluruh dunia….
beritasemasaonline recently posted…Dua Kapal Kontena Terbakar di Pelabuhan Barat Klang Selangor