Dua Kapal Kontena Terbakar di Pelabuhan Barat Klang Selangor

Dua Kapal Kontena Terbakar di Pelabuhan Barat Klang Selangor

Dua Kapal Kontena Terbakar di Pelabuhan Barat Klang Selangor
Dua Kapal Kontena Terbakar di Pelabuhan Barat Klang Selangor

Dua kapal kontena yang telah pun berlabuh di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang telah mengalami kebakaran lebih kurang pukul 7.30 malam tadi.

Jabatan Bomba telah menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.38 malam dan telah bertindak pantas dengan tiba di tempat kejadian pada pukul 8.17 malam. Pihak Bomba telah menarik salah satu kapal di situ ke tengah laut dengan anggaran satu kilometer supaya dapat mengawal kebakaran daripada terus merebak di dermaga.

Satu lagi kapal masih lagi dikekalkan di Dermaga 20. Kerja-kerja memadamkan kebakaran masih lagi dijalankan dan diberitakan bahawa tiada kemalangan jiwa.

Usaha untuk memadamkan kebakaran masih lagi dijalankan sekitar pukul 10 malam dan maklumat lanjut berkenaan kedua-dua kapal bakal diketahui tidak lama lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam