Terapi Ala Pocong Bertambah Popular Di Negara Jepun

Terapi Ala Pocong Bertambah Popular Di Negara Jepun

Terapi Ala Pocong Bertambah Popular Di Negara Jepun
Terapi Ala Pocong Bertambah Popular Di Negara Jepun

Berita yang menggemparkan apabila Terapi Ala Pocong Bertambah Popular Di Negara Jepun dengan membalutkan diri dengan kain putih. Ianya diikat dengan sangat rapat di mana tidak boleh bergerak ke mana-mana selama 20 minit.

Terapi yang unik dan yang baharu ini telah pun menjadi kegilaan rakyat-rakyat di negara Jepun yang dikenalpasti boleh mengurangkan masalah postur dan juga kekejangan otot. Terapi ini dipanggil Otonamaki walaupun sangat popular tetapi boleh menakutkan sebahagian daripada kita.

Tambahan pula, sesiapa yang memakainya akan berasa susah untuk bernafas malahan pula ianya lebih kurang sana dengan hantu pocong di dalam filem seram.

Otonamaki telah pun mendapat ilham daripada Ohinamaki iaitu keadaan tersendiri dengan bayi yang telah dibalut dengan kain putih bagi memastikan segala perkembangan tubuh badan mereka akan berjalan dengan sangat lancar.

Berita berkenaan kain yang digunakan adalah berjenis kain nipis bagi memastikan pengguna dapat bernafas dengan keadaan yang selesa semasa berada di dalam kain tersebut.

Terapi Ala Pocong Bertambah Popular Di Negara Jepun adalah kelihatan sangat sempit untuk seseorang berada di dalamnya tetapi ianya tidak sempit langsung dan selepas memakainya akan merasai bahu dan belakang tubuh badan yang sangat selesa.

Seterusnya, ada juga di kalangan pengguna yang terlena sebelum dikejutkan oleh petugas yang membuka ikatan kain tersebut di mana ianya memberikan keadaan yang tenang untuk tidur dengan lebih mudah. Terapi ini juga dianggap oleh sesetengah orang bahawa sangat menakutkan di mana sama seperti dalam babak seram.

Selain itu, terapi ini juga bakal menyebabkan otot-otot di bahagian pinggang, kaki dan bahu boleh bergerak dalam keadaan yang selesa di mana ianya akan menjadi lebih fleksibel. Walaupun begitu, sekiranya seseorang berada dalam keadaan tersebut melebihi 30 minit maka mereka akan menghadapi sakit tulang belakang.

Bagi sesetengah pengamal perubatan di negara Jepun, orang ramai telah pun dinasihatkan supaya tidak mengikuti terapi tersebut kerana berisiko akan memberikan kesan yang tidak baik kepada tubuh badan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam