Program Fit Malaysia Jadi Budaya Golongan Anak Muda
Satu lagi aktiviti yang berfaedah yang dilaksanakan di negara Malaysia iaitu Program Fit Malaysia. Ianya melibatkan semua golongan di negara ini terutamanya kepada golongan muda dalam usaha untuk meningkatkan taraf kesihatan.
Program ini secara umumnya mestilah diteruskan setiap hari di setiap rumah bagi mengurangkan risiko penyakit berbahaya seperti kencing manis dan obesiti.
Khairi Jamaluddin selaku Menteri Belia dan Sukan telah menyatakan bahawa program yang diadakan secara besar-besaran bertujuan bagi mewujudkan sebuah negara yang suka untuk bersukan demi kecergasan dan juga kepada pemakanan yang sihat.
Selain itu, ianya juga melibatkan kepada pendidikan dan pendedahan supaya semua pihak dapat memahami kepada nutrisi dan kandungan makanan. Fit Malaysia baru sahaja diadakan di Alor Setar, Kedah yang melibatkan lebih kurang 20,000 orang.
Program Fit Malaysia adalah mudah dipelajari kerana tidak perlu kemudahan atau peralatan yang khusus sebaliknya boleh dilaksanakan pada bila-bila masa secara individu atau pun secara berkumpulan.
Kesedaran bagi kalangan golongan muda sangat penting bagi membolehkan pendidikan mengenai kesihatan dapat diaplikasikan bagi mencegah penyakit yang berbahaya seperti mana yang dikatakan oleh Menteri Besar Kedah iaitu Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Program Fit Malaysia harus diteruskan setiap tahun dengan program ini dilakukan setiap bulan di seluruh negara.