Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai Johor 16 November 2019

Berita terbaru yang diumumkan bahawa Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai Johor 16 November 2019.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah memaklumkan berita ini iaitu PRK Parlimen Tanjung Piai, Johor.
Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai Johor
Penamaan calon ditetapkan pada 2 November 2019 dan pengundian awal dijalankan pada tarikh 12 November 2019.
Tarikh mengundi ditetapkan pada 16 November 2019 seperti mana dimaklumkan oleh Azhar Azizan Harun selaku Pengerusi SPR.
Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai
Tambahan pula, tempoh berkempen adalah selama 14 hari. Ianya bermula hari penamaan calon sehingga pukul 11.59 malam, 15 November 2019.
Pengumuman ini diumumkan selepas Mesyuarat Khas PRK Parlimen Tanjung Piai di Menara SPR.
Suruhanjaya Pilihan Raya telah menyasarkan bahawa sebanyak 70 peratus pengundi akan keluar mengundi.
PRK Tanjung Piai Johor
Selain itu, 28 pusat mengundi akan dibuka semasa Pilihan Raya Kecil.
Ianya melibatkan keseluruhan 127 saluran yang menelan belanja sebanyak RM2.67 juta.
Kerusi Parlimen Tanjung Piai, Johor kosong disebabkan kematian penyandangnya iaitu Datuk Dr. Md. Farid Md. Rafik.
Beliau merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang berumur 42 tahun.
Datuk Dr. Md. Farid Md. Rafik meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung di Hospital Pontian pada 21 September 2019.
Pilihan Raya Kecil 2019
Pilihan Raya Kecil ini yang kesembilan diadakan selepas PRU ke-14 termasuk di Dewan Undangan Negeri (DUN).
Lapan PRK telah pun diadakan di DUN Sungai Kandis, Balakong, Seri Setia, Semenyih dan Rantau.
Kawasan Parlimen pula diadakan di Cameron Highlands, Port Dickson dan Sandakan.