Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Sasar Kutipan Pinjaman RM4 bilion Tahun 2017

Berita yang menarik apabila Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Sasar Kutipan Pinjaman RM4 bilion Tahun 2017. Kementerian Pendidikan Tinggi telah menjangkakan bahawa peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan membuat pembayaran yang melebihi jangkaan awal.
Tambahan pula, berita berkaitan kenaikan pembayaran ini adalah mengikut kepada kutipan balik pinjaman yang tinggi di mana prestasi yang baik hasil daripada kutipan tahun 2016 yang melebihi sasaran awal.
Pada tahun 2016, sasaran kutipan yang dibuat oleh PTPTN adalah sebanyak RM2 bilion tetapi mereka mampu untuk mengutip sehinggan RM3.4 bilion. PTPTN juga menyatakan bahawa terdapat lebih kurang 200,00 pelajar yang meminjam menerusi PTPTN pada setiap tahun.
Tambahan pula, pada tahun 2017 ini pula PTPTN telah membuat sasaran kutipan sebanyak RM4 bilion di mana jumlah ini mampu dicapai berdasarkan kepada perkembangan positif yang ditunjukkan oleh para peminjam untuk membuat pembayaran semula.
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Sasar Kutipan Pinjaman RM4 bilion Tahun 2017 di mana Wan Ahmad Wan Yusoff selaku Ketua Eksekutif PTPTN juga telah memaklumkan bahawa sebanyak 586,863 peminjam PTPTN telah disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen mengikut maklumat sehingga 31 Januari 2017.
Pinjaman tersebut mempunyai nilai sebanyak RM11.6 bilion dan melalui jumlah tersebut hanya 312,068 peminjam telah membuat rundingan dengan PTPTN dan juga telah pun membuat bayaran balik yang berjumlah RM967.9 juta.