Kuota Jemaah Haji Kembali Jumlah Asal Bagi Tahun 2017

Kuota Jemaah Haji Kembali Jumlah Asal Bagi Tahun 2017

Kuota Jemaah Haji Kembali Jumlah Asal Bagi Tahun 2017
Kuota Jemaah Haji Kembali Jumlah Asal Bagi Tahun 2017

Berita menggembirakan apabila diumumkan bahawa kuota Jemaah Haji kembali jumlah asal bagi tahun 2017. Kuota tersebut melibatkan jumlah asal sebanyak 27,800 orang berbanding dengan 22,320 orang sebelum ini.

Perkara ini telah disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Beliau juga memaklumkan bahawa kerajaan Arab Saudi telah pun memgembalikan kouta yang layak bagi negara Malaysia.

Berita pengurangan sebelum ini adalah sebanyak 20 peratus yang berkuatkuasa pada tahun 2013 terhadap jemaah asing tetapi penarikan semula pengurangan tersebut memberikan khabar yang menggembirakan kepada rakyat di Malaysia.

Malaysia telah pun mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi kerana telah mengembalikan semula kuota tersebut seperti asal.

Tambahan pula, kuota Jemaah Haji kembali jumlah asal bagi tahun 2017 di mana kerajaan Malaysia telah berusaha dengan memohon kuota 30,000 jemaah tetapi kerajaan Arab Saudi telah memberikan kuota asal iaitu sebanyak 27,800 orang.

Projek pembesaran Masjidil Haram oleh kerajaan Arab Saudi telah membolehkan ramai lagi jemaah mengerjakan ibadah haji bermula tahun 2017. Subsidi kepada jemaah haji di Malaysia juga akan diteruskan seperti tahun-tahun sebelum ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam