21/10/2013
Kumpulan Pertama Jemaah Haji Malaysia Pulang
Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia seramai 450 anggota berlepas pulang ke tanah air hari ini menerusi Lapangan Terbang Jeddah.
Penerbangan berlepas pukul 7 pagi waktu tempatan dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada pukul 8.50 malam ini.