Universiti Malaysia Pahang Lancar Kit Anti Histeria

Universiti Malaysia Pahang Lancar Kit Anti Histeria

Universiti Malaysia Pahang Lancar Kit Anti Histeria
Universiti Malaysia Pahang Lancar Kit Anti Histeria

Berita Semasa Online berasa teruja selepas mengetahui bahawa Kit Anti Histeria telah pun dilancarkan oleh Universiti Malaysia Pahang (UMP) bagi mengubati masalah histeria yang sering terjadi kepada pelajar di sekolah atau pun universiti.

Tambahan pula, Dr Mahyuddin Ismail selaku Pengarah Pusat Islam dan Pembangunan Insan UMP telah memaklumkan bahawa kit ini dihasilkan setelah lima tahun melakukan kajian.

Histeria bukan sahaja berlaku di negara Malaysia tetapi ianya turut melibatkan negara-negara seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Taiwan dan lain-lain.

Selain itu, kit ini dihasilkan dengan kaedah Pusat Rawatan Al-Manarah, Rawang di mana bertujuan untuk merawat pesakit histeria dan rasukan yang sudah digunakan melebihi 20 tahun.

Kit ini telah pun digunakan di 11 buah sekolah di seluruh negara seterusnya pesakit histeria yang terlibat telah pun berjaya dipulihkan dalam keadaan yang selamat.

Empat bahan yang utama untuk menghasilkan Kit Anti Histeria yang terdiri daripada kayu penyepit, cecair lada hitam, cecair asid formik dan air yang sudah dibacakan dengan ayat Al-Quran.

Kit Anti Histeria dijual pada harga RM 8,750 sekotak yang disertakan dengan kursus yang ditawarkan kepada pembeli kit tersebut. Kursus tersebut akan menerangkan cara untuk menggunakan kit ini di samping apa yang mesti dilakukan untuk memulihkan histeria. Pihak-pihak yang ingin mendapatkan kit ini boleh menghubungi syarikat Ranum Merah Sdn Bhd selaku pengedar yang sah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam