
Umat Islam di Malaysia bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari Isnin bertarikh 28 Julai 2014 seperti mana yang diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad sebentar tadi melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Tambahan pula, ianya menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Isnin, 28 Julai 2014.
Tarikh tersebut telah ditetapkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berdasarkan rukyah dan hisab menerusi 30 tempat pencerapan di seluruh negara.