14/03/2013
Dividen Bank Rakyat 18%
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. atau lebih dikenali sebagai Bank Rakyat telah mengumumkan pembayaran dividen tertinggi sebanyak 18 peratus kepada semua 947,541 ahlinya.
Perkara ini merupakan 16 peratus dividen tunai berjumlah RM440 juta dan dividen bonus bentuk saham iaitu dua peratus berjumlah RM55 juta yang ditambah ke dalam akaun sedia ada ahli-ahlinya.