14/03/2013
Agihan Pendapatan Amanah Saham Malaysia (ASM) 6.80 Sen Seunit
Permodalan Nasional Bhd iaitu PNB telah mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 6.80 sen seunit bagi Amanah Saham Malaysia (ASM) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2013.
Jumlah agihan pendapatan ini lebih tinggi berbanding tahun lepas iaitu 6.50 sen seunit.
Kadar 0.30 sen daripada jumlah agihan pendapatan merupakan pendapatan khas sebagai tanda penghargaan kepada 542,809 pemegang unit terlibat yang diberitahu oleh Pengerusi PNB iaitu Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.
Sebanyak RM913.85 juta peruntukan digunakan melalui agihan ini berbanding RM818.62 juta pada tahun 2012.
