AirAsia X Bhd yang merupakan syarikat penerbangan kos rendah jarak jauh mengumumkan akan memulakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Narita, Jepun.
Sebuah lagi syarikat di bawah Kumpulan AirAsia iaitu Thai AirAsia X yang berada di Thailand akan memulakan penerbangan dari Narita dan Osaka, Jepun ke Bangkok.
AirAsia X telah lama memulakan penerbangan ke Tokyo, Jepun pada Disember 2010 dan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Osaka pada November 2011.
AirAsia X menyediakan empat penerbangan seminggu ke Narita dan bakal dinaikkan menjadi satu penerbangan sehari menjelang Mei 2015.