04/07/2014
Kereta Perisai Terbalik di Lebuh Raya PLUS Berhampiran Kuala Kangsar
Takziah diucapkan kepada keluarga anggota tentera yang telah pun meninggal dunia yang melibatkan kemalangan kereta perisai terbalik di Kilometer 232.6 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Kuala Kangsar, Perak.
Ianya berlaku lebih kurang pukul 6.30 petang semalam yang melibatkan dua anggota tentera meninggal dunia. Dua lagi anggota tentera cedera parah kerana kereta perisai yang dinaiki terbabas sebelum terbalik.
Sarjan Bayong anak Burma mati di tempat kejadian manakala Koperal Che Mohd. Patanah Che Ismail meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Kuala Kangsar.
Koperal Sharifuddin Abdullah dan Lans Koperal Freaddy anak Barlabas menerima rawatan di hospital sama.
Sharing is caring!