Lelaki Hilang Ketika Menjala Udang Ditemui Mati Digigit Buaya

Lelaki Hilang Ketika Menjala Udang Ditemui Mati Digigit Buaya

Lelaki Hilang Ketika Menjala Udang Ditemui Mati Digigit Buaya
Lelaki Hilang Ketika Menjala Udang Ditemui Mati Digigit Buaya

Berita yang menyedihkan apabila lelaki hilang ketika menjala udang ditemui mati digigit buaya. Berita Semasa Online mengetahui bahawa lelaki tersebut menjala udang di Sungai Batang Oya, Dalat.

Tambahan pula, lelaki tersebut telah meninggal dunia akibat digigit buaya di bahu dan dadanya yang telah ditemui lebih kurang pukul 7.45 malam.

Lelaki ini yang bernama Sili Ismail berumur 60 tahun berasal dari Kampung Bakong, Oya telah pun ditemui oleh penduduk kampung berdekatan dengan perahu yang digunakan olehnya.

Mayat lelaki hilang ketika menjala udang ditemui mati digigit buaya telah pun dibawa ke Hospital Daerah Dalat untuk proses bedah siasat menurut kenyataan yang diberikan oleh Ketua Polis Daerah Mukah iaitu Deputi Superintendan Awang Arfian Awang Bujang.

Hasil bedah siasat yang dilakukan oleh pihak hospital menunjukkan bahawa mangsa telah meninggal dunia akibat digigit buaya menerusi kesan gigitan buaya di badannya.

Bedah siasat yang telah pun selesai dijalankan dan seterusnya mayat mangsa telah diserahkan kepada keluarganya di Kampung Bakong Oya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam