Televisyen OLED TV Nipis Setebal Satu Milimeter

Televisyen OLED TV Nipis Setebal Satu Milimeter

OLED TV LG Display
Televisyen OLED TV Nipis Setebal Satu Milimeter

Berita menarik yang sangat mengujakan apabila sebuah syarikat yang bernama LG Display telah menghasilkan sesuatu yang cukup berinovasi apabila mengeluarkan produk baru iaitu televisyen yang paling nipis dengan mempunyai ketebalan sebanyak satu milimeter dan hanya berat 1.9 kilogram.


Tambahan pula, syarikat LG Display telah menggunakan bahan polymide yang bermolekul tinggi dalam proses penghasilan panel fleksibel berbanding dengan penggunaan plastik konvensional supaya lekuk dapat dicapai dengan kadar yang maksimum. Sehubungan dengan itu, terhasilnya ketebalan televisyen yang dinamakan sebagai OLED TV.

Selain itu, prototaip skrin paparan OLED TV boleh melekat dan ditanggalkan pada dinding dengan menggunakan pad magnet seperti yang dipaparkan oleh syarikat tersebut.

OLED TV bakal menggegarkan dunia televisyen pada masa hadapan dengan warna yang lebih terang, kontras yang terbaik dan saiz yang lebih lebar.

Televisyen ini bakal dipasarkan pada Julai atau Ogos 2015 dan diharapkan harga yang ditawarkan mampu dibeli untuk pengguna yang pentingkan kepuasan dalam menonton televisyen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam