Taliworks Edar Kad Touch n Go Percuma Sempena Deepavali
Taliworks edar kad Touch n Go Percuma sempena Deepavali di dua buah lebuh raya pada hari Isnin bertarikh 9 November 2015.
Kad tersebut yang berharga RM 10 yang mempunyai nilai di dalamnya iaitu RM 4. Kad ini bakal diedarkan di plaza tol Lebuh Raya Cheras-Kajang dan Lebuh Raya Pintasan Selat Klang Utara Baru (NNKSB) sehingga stok masih ada.
Unit Taliworks iaitu Grand Saga merupakan pemegang konsesi Lebuh Raya Cheras-Kajang manakala pula syarikat usaha samanya iaitu Grand Sepadu (NK) Sdn Bhd merupakan syarikat konsesi Lebuh Raya Pintasan Selat Klang Utara Baru.
Sebanyak 1400 kad Touch n Go yang bernilai RM 19600 akan diedarkan oleh Grand Saga manakala 1000 lagi kad Touch n Go yang bernilai RM 14000 akan diedarkan oleh Grand Sepadu.
Taliworks edar kad Touch n Go Percuma sempena Deepavali adalah selaras dengan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat Taliworks bagi menghargai pengguna yang menggunakan kedua-dua lebuh raya tersebut.
Lebuh Raya Cheras-Kajang merupakan laluan empat lorong pertama di negara ini sejauh 11.5 kilometer dari Persimpangan Connaught, Cheras ke Saujana Impian, Kajang.
Lebuh Raya Pintasan Selat Klang Utara Baru pula adalah laluan sejauh 17.5 km yang menghubungkan Pelabuhan Klang dengan bandar Klang.
Sharing is caring!