Syarikat Penerbangan AirAsia Tawar Tiga Juta Tempat Duduk Percuma

Syarikat Penerbangan AirAsia Tawar Tiga Juta Tempat Duduk Percuma

Syarikat Penerbangan AirAsia Tawar Tiga Juta Tempat Duduk Percuma
Syarikat Penerbangan AirAsia Tawar Tiga Juta Tempat Duduk Percuma

Berita yang sangat menarik yang ditunggu-tunggu oleh semua orang yang suka melancong ke destinasi-destinasi menarik. Syarikat penerbangan AirAsia tawar tiga juta tempat duduk percuma bagi destinasi jarak jauh dan jarak dekat.

Tambang asas adalah bermula dengan RM 0 yang tidak termasuk cukai dan fi, penumpang boleh membuat perjalanan ke lebih daripada 120 destinasi di 24 negara melalui penerbangan AirAsia dan AirAsia X.

Tambahan pula, tempat duduk promosi ini boleh ditempah bermula dari 13 Jun sehingga 19 Jun 2016. Tempoh perjalanan adalah dari 4 Januari sehingga 21 Ogos 2017. Ianya boleh ditempah di AirAsia.com dan dengan menggunakan aplikasi mudah alih.

Ianya merupakan peluang yang baik yang ditambah dengan destinasi yang lebih menarik ke Shantou, Auckland, Mauritius dan Tehran. Ia juga turut menghubungkan Johor Bahru ke Guangzhou dan Hatyai serta Pulau Pinang ke Yangon dan juga dari Kuala Lumpur ke Melbourne, Sydney, Perth, Osaka, Sapporo, Beijing, Shanghai dan Taipei.

Tambahan pula, bagi penerbangan AirAsia X yang memberikan diskaun kepada penumpang untuk produk Premium Flatbed dengan harga bermula dari RM 799 sehala.

Syarikat penerbangan AirAsia tawar tiga juta tempat duduk percuma boleh mendapatkan aktiviti dan promosi yang terkini melalui Twitter AirAsia dan Facebook AirAsia untuk mengetahui maklumat lanjut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam