Sukan Olimpik Rio 2016 Selamat Untuk Atlet

Berita berkenaan dengan wabak Zika menjadi kebimbangan di Brazil. Sukan Olimpik Rio 2016 selamat untuk atlet mengikut jaminan yang diberikan oleh negara penganjur tersebut.
Danieal Falcon Lins selaku Menteri Penasihat Kedutaan Brazil telah menyatakan bahawa kemungkinan lawatan ke negara yang terkena jangkitan virus Zika adalah rendah jika dibandingkan dengan lawatan ke negara-negara lain yang dijangkiti virus Aedes.
Negara Brazil akan berusaha untuk mengelakkan kes-kes berkaitan virus Zika dengan negara Brazil telah pun mengambil banyak langkah berjaga-jaga untuk membanteras nyamuk.
Vaksin dalam proses pembuatan di mana pada peringkat awal dan langkah awal yang boleh dilakukan ialah dengan melawan nyamuk yang membawa virus Zika. Pegawai-pegawai juga diletakkan di kawasan perumahan bagi membanteras virus tersebut.
Tambahan pula, acara Sukan Olimpik dan Paralimpik diadakan pada musim sejuk sekitar bulan Ogos dan September di mana suhu yang lebih rendah akan mengurangkan populasi nyamuk.
Sukan Olimpik Rio 2016 selamat untuk atlet iaitu lebih kurang 220,000 anggota tentera dan 300,000 kakitangan jabatan kesihatan dan sukarelawan di seluruh negara Brazil akan berkerjasama untuk membantu membanteras kawasan pembiakan nyamuk yang membawa virus Zika yang boleh menyebabkan maut.
Negara kita masuk acara apa ye
sabree hussin recently posted…Contoh-contoh pekerjaan online MUDAH yang boleh dilakukan dari rumah secara part time