Rebat 30 Peratus Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau

Rebat 30 Peratus Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau

Rebat 30 Peratus Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau
Rebat 30 Peratus Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau

Berita baik kepada pengguna-pengguna tol elektronik di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau kerana bakal terus menikmati rebat sehingga 30 peratus sehingga akhir tahun 2014.

Rebat yang diberikan ini bermula dari 1 September 2014 yang dilanjutkan untuk kenderaan kelas pertama yang membayar tol menggunakan kad Plusmiles, Touch ‘n Go atau SmartTag.

Masa di antara 10 pagi sehingga 3.59 petang dan 10 malam sehingga 5.59 pagi bakal diberikan rebat 30 peratus manakala masa waktu puncak antara 6 pagi sehingga 9.59 pagi dan 4 petang sehingga 9.59 malam akan diberikan rebat 10 peratus.

Pengguna-pengguna yang menggunakannya dapat menjimatkan wang lebih daripada RM40 bagi yang berulang-alik di antara Klang dengan Kuala Lumpur.

Rebat keseluruhan bernilai RM 1.2 juta telah memberikan penjimatan kepada lebih kurang 842,000 pemegang kad Plusmiles dan Touch ‘n Go.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam