Lebih 2000 Peserta Mohon Program myLesen di Kuala Lumpur
Lebih 2000 peserta mohon program myLesen di Kuala Lumpur yang bermula semenjak 15 September 2015. Ianya telah dinyatakan oleh Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Md. Ziki Abdul Rahman.
Sambutan yang diterima sangat menggalakkan daripada orang ramai seterusnya pihak JPJ bercadang untuk melanjutkan tempoh myLesen. Sementara ini program ini hanya dibuat selama sebulan dan berkemungkinan dilanjutkan dengan tempoh yang lebih lama pada masa hadapan.
Tambahan pula, pihak JPJ juga menjangkakan akan menerima seramai 500 peserta lagi yang bakal mendaftar untuk mendapatkan lesen motosikal. Ini merupakan perkara yang bagus dalam menggalakkan orang ramai untuk memiliki lesen yang sah.
Lebih 2000 peserta mohon program myLesen di Kuala Lumpur yang didahului oleh perasmian Kempen Pendaftaran myLesen yang telah dilaksanakan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd Amin Nordin Abdul Aziz.
Program myLesen ini telah dijalankan oleh Kementerian Pengangkutan dengan kerjasama JPJ yang bermula sejak 15 September 2015 supaya golongan belia yang berumur 16 sehingga 30 tahun dapat memiliki lesen motosikal.
wow berita baik ni 😀
Uncle Zuan recently posted…Hangat-Hangat Tahi Ayam