26/02/2013
Jurassic Park Pertama di Asia Bakal Dimiliki Melaka
Melaka bakal mempunyai sebuah taman haiwan purba dikenali sebagai ‘Jurassic Park‘ bernilai RM200 juta dirancang dibina bersama projek pelancongan lain di Dataran 1Malaysia.
Destinasi pelancongan pertama seumpamanya di Asia akan mempamerkan 200 spesies dinosaur melalui kaedah hidrolik dan elektronik.
Jurassic Park dibina bersebelahan sebuah lagi taman tema iaitu Melaka Sea World melibatkan kawasan seluas 12.1 hektar.
Jurassic Park itu dijangka siap dibina dalam tempoh dua tahun dan dijangka dapat menarik satu juta pelancong.
