Gaji Penjawat Awam Dipotong Bayar PTPTN Bermula September 2015

Gaji Penjawat Awam Dipotong Bayar PTPTN Bermula September 2015

Gaji Penjawat Awam Dipotong Bayar PTPTN Bermula September 2015
Gaji Penjawat Awam Dipotong Bayar PTPTN Bermula September 2015

Langkah drastik telah diambil oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi peminjam yang langsung tidak membayar pinjaman. PTPTN akan melaksanakan potongan gaji bagi penjawat awam yang akan bermula pada hujung September 2015.

Potongan gaji tersebut akan dibuat secara berperingkat yang bakal dikenakan ke atas 163,007 penjawat awam yang langsung tidak membuat sebarang bayaran atau pun tidak konsisten membayar pinjaman PTPTN.

Tambahan pula, kenyataan juga telah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkenaan pemotongan gaji tersebut. Pertemuan juga diadakan dengan penjawat-penjawat awam yang terlibat untuk berunding bagi membayar pinjaman secara ansuran bulanan.

Bagi pemotongan gaji tersebut akan dimulakan seramai 480 warga Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) termasuklah 136 pegawai kumpulan pengurusan dan profesional yang menjadi perintis untuk pembayaran balik PTPTN bermula hujung September 2015.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam