15/01/2015
Badan Pesawat AirAsia QZ8501 Dijumpai Kapal MV Swift Rescue
Berita terbaru yang diketahui bahawa Kapal Tentera Laut Singapura telah pun menjumpai badan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501. Kapal MV Swift Rescue telah menemui kedudukan badan pesawat tersebut di Laut Jawa.
Tambahan pula, imej yang telah dirakam menunjukkan Kenderaan Kawalan Jauh (ROV) telah melihatkan bahagian sayap dan badan pesawat tersebut.
Ketua Tentera Laut Diraja Singapura iaitu Lai Chung Han telah memaklumkan perkara berkenaan kepada Menteri Pertahanan Singapura iaitu Ng Eng Hen.
Perkara ini telah pun dimaklumkan kepada pihak BASARNAS di mana pihak berkuasa pencarian daripada Indonesia akan memulakan operasi untuk mendekati badan pesawat tersebut.