Amah Indonesia Dera Bayi Mohamed Hareez dipenjara 20 Tahun
Amah Indonesia yang melambung seorang bayi berusia empat bulan dijatuhi hukuman penjara 20 tahun penjara.
Yuliana berusia 23 tahun dari Sukarame Acheh itu menangis ketika diminta membuat rayuan sambil mengaku mempunyai dua anak selain tidak mampu membayar denda.
Perbuatannya menyebabkan masyarakat menjadi takut dan tidak tenteram apabila meninggalkan anak kepada pembantu rumah
Yuliana menghempas dan melambung seorang bayi sebanyak sembilan kali dan bayi bernama Mohamed Hareez Mohamed Zamri mendapat kecederaan lengan kanan dan kaki kanan.
7.45 pagi hari kejadian, ibu bapa mangsa bersarapan di sebuah kopitiam terkejut melihat bayi sulung mereka dilambung dan dihempas pembantu rumah melalui rakaman kamera litar tertutup di telefon bimbit bapa mangsa.
Nina Suraya Sulaiman berumur 24 tahun iaitu ibu bayi tersebut menghubungi jiran supaya menyelamatkan anaknya sebelum kedua-dua mereka bergegas pulang dan mendapati bayi itu menangis.
Bapa mangsa menghubungi polis dan tertuduh ditahan pada 9.15 pagi pada hari sama.