Alat Pengesan Gempa Bumi ditambah di Sabah

Alat Pengesan Gempa Bumi ditambah di Sabah

alat pengesan gempa bumi
Alat Pengesan Gempa Bumi ditambah di Sabah

Berita terbaru yang didapati bahawa tiga lagi alat pengesan gegaran gempa bumi yang boleh mengesan pergerakan kecil akan ditambah dan akan beroperasi menjelang bulan September 2015.

Perkara ini telah dinyatakan oleh Dr. Wan Azli Wan Hassan selaku Pengarah Pusat Gempa dan Tsunami Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) bahawa tiga kawasan tersebut yang terlibat dengan pemasangan alat pengesan adalah di Ranau, Semporna dan Lembah Danum.

Tambahan pula, enam buah pengesan gegaran gempa bumi dipasang sebelum ini yang berada di Kota Kinabalu, Sandakan, Kudat, Beluran, Tawau dan Lahad Datu.

Buat masa ini sebanyak 17 alat pengesan gempa bumi telah dipasang di seluruh negara dan sebanyak 20 lagi alat dalam proses pemasangan. 20 alat pengesan gempa bumi tersebut mempunyai lapan jenis pengesan pergerakan kecil manakala 12 lagi pengesan pergerakan yang kuat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam