24/05/2014
Radio Televisyen Malaysia Tiada Siaran Langsung Akhir Piala Thomas

Radio Televisyen Malaysia tidak akan menyiarkan siaran langsung akhir perlawanan badminton Piala Thomas kerana hak penyiaran diperoleh syarikat televisyen swasta iaitu Astro.
Perlawanan akhir Piala Thomas melibatkan pasukan Malaysia dan Jepun pada hari Ahad tidak disiarkan kerana kos tinggi bagi siaran langsung.
Menteri Komunikasi dan Multimedia iaitu Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek meminta maaf bagi pihak RTM kerana tiada siaran langsung di RTM.